Thursday, September 24, 2015

Pilihan Menu Tengahari

Bismillahirahmanirahim......

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

Berikut dikongsikan antara pilihan menu yang disediakan untuk makanan tengahari.

Killer menu di kedai kami ialah ASAM PEDAS dengan aneka jenis ikan.

Untuk makluman, ikan yang kami hidangkan ialah ikan baru (fresh) hasil tangkapan nelayan dikampung kami. In sha allah dijamin fresh dari laut.

Resepi asli dari bonda tercinta kami.

Harga : RM3/sehiris.

Aneka jenis ikan, antaranya ikan pari, ikan sembilang, ikan duri (debuk), ikan parang, ikan tenggiri, ikan jenahak, ikan serekut dll. Pilihan ikan yang dimasak sadalah bergantung kepada hasil tangkapan nelayan di kampung kami.





In Sha Allah, rasa asam pedas yang disediakan tidak akan mengecewakan pelanggan yang datang ke kedai D'Abah Corner. Ramai pelanggan yang datang dari pelbagai tempat di dalam negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Selangor dan Johor. (Negeri-negeri lain pun ada juga).

Jika berminat untuk order untuk makanan berkumpulan juga kami alu-alukan ya.

Untuk sebarang tempahan boleh hubungi talian berikut :-

Puan Zainum - +60176567362 (Call Shj.)
Puan Haisah - +60123329987 (Call / SMS / Whatsapp)

Terima Kasih.

Pilihan Kuih Muih

Bismillahirahmanirahim......

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

Kesibukan berkerja menyebabkan saya terlupa tentang kewujudan blog D'Abah Corner ni.

Izinkan saya berkongsi sedikit menu-menu atau hidangan yang disediakan di D'Abah Corner.

Berikut aneka kuih yang disediakan untuk pilihan sarapan pagi / minum petang.

Hasil air tangan bonda tersayang saya.


Harga : Tiga (3) keping - RM1.00







Kami juga menerima tempahan untuk sebarang keraian dan majlis makan. Untuk makluman lokasi kedai makan kami adalah berhampiran Port Supai iaitu berhampiran dengan KM Chalet, Desa Balkis, Umang-umang Chalet dll.

Untuk sebarang tempahan boleh hubungi talian berikut :-

Puan Zainum - +60176567362 (Call Shj.)
Puan Haisah - +60123329987 (Call / SMS / Whatsapp)

Terima Kasih.






Tuesday, July 1, 2014

D'Abah Corner

Nama kedai makan kami diilhamkan daripada panggilan kepada arwah abah kami yang telah meninggal dunia kira-kira beberapa tahun yang lepas.

Kedai makan kampung ini diusahakan oleh ibunda tercinta kami, Puan Zainum bt. Atan kira-kira 6 tahun yang lepas. Tiada yang istimewa tentang kedai kami hanya kedai makan ala-ala kampung yang kecil dan biasa. Namun menawarkan sajian makanan yang sangat enak dan tidak akan dilupakan oleh siapa-siapa yang pernah datang menjamu selera di kedai makan kami.

Antara menu popular dan menjadi permintaan setiap pelanggan yang datang ke kedai makan kami adalah ASAM PEDAS. Resepi rahsia dan air tangan teristimewa ibunda kami sendiri.

ASAM PEDAS IKAN PARI
ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG
ASAM PEDAS IKAN JENAHAK
ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI
DLL

Menu Asam Pedas ini adalah menu wajib disediakan di kedai kami. Namun, pilihan ikan adalah bergantung kepada tangkapan nelayan di kampung kami.

Untuk pengetahuan semua, kami menggunakan ikan-ikan segar yang baru  hasil tangkapan nelayan setempat. Antara rahsia kesedapan dan keenakan asam pedas yang kami sediakan.

Terdapat juga menu-menu sampingan lain. Jika hanya hidangan Asam Pedas, pelanggan akan muak pula.

Jemput datang sendiri menjamu selera di kedai makan kami.

Owner,
Lurve Durrah